Tentang Kami

Tentang Kami

Kami pasti memberikan yang terbaik untuk anda

Aidilazman Nasron Travel & Tours Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 21 Mac 2013. Syarikat ini telah diteraju oleh 2 orang pengarah yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Umrah.

Syarikat ini telah didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (7465) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga adalah Ahli Bumiputera Malaysia (BM618). Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pakej Umrah serta perlancongan untuk dalam dan luar negara.

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam urusan Ibadah Umrah serta perlancongan. Kami mempunyai pasukan yang mantap serta berdaya saing untuk memastikan kepuasan pelanggan kami.

Menjadi agensi pengurusan khidmat pelancongan dan ibadat antara yang terbaik.

Bagi menyediakan sesuatu perkhidmatan pada tahap yang tertinggi dalam pengurusan pelancongan dan pengembaraan Muslim untuk keselesaan dan kepuasan serta keyakinan kepada pelanggan.

Melalui pakej-pakej kami, pelanggan akan dijamin akan diberikan layanan yang istimewa untuk memudahkan pelanggan melakukan ibadah atau melancong dengan selesa tanpa perlu memikirkan masalah perjalanan atau penginapan pelanggan. Segalanya akan diuruskan oleh syarikat demi kepuasan pelanggan.